Sayu hati !!!! Penjaga lampu kubur kongsi pengalaman

Sayu hati !!!!  Penjaga lampu kubur kongsi pengalaman

“Sedih, sayu dan kagum setiap kali mengiringi jenazah pesakit COVID-19 ke kubur,” kata Shaari Ramli, 43, penjaga lampu di Tanah Perkuburan Kampung Bertam Ulu di sini.

Katanya, sedih kerana melihat anak, isteri, suami dan saudara mangsa yang meninggal dunia akibat wabak itu hanya melihat dari jauh proses pengebumian yang disempurnakan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi berkaitan.

Sementara kagum melihat petugas melakukan tanggungjawab dengan dedikasi walaupun mengenakan sut pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat.

Shaari berkata, walaupun tidak terbabit mengurus jenazah COVID-19, dia banyak melakukan kerja awalan termasuk penyediaan bekalan lektrik, wayar, lampu dan persiapan lain sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan pada waktu malam.

Malah, katanya, dia perlu turut bersedia sepanjang tugas pengebumian termasuk sekiranya berlaku litar pintas, bekalan terputus dan cuaca buruk kerana pengebumian waktu malam lebih sukar berbanding siang.

“Kawasan persekitaran dan peralatan disanitasi, termasuk lampu yang saya bekalkan selain suis dan apa juga barangan lain sebagai langkah pencegahan.

“Malah kawasan kubur juga ditutup beberapa hari untuk tempoh yang ditetapkan selepas pengebumian pesakit COVID-19 bagi mengelak kunjungan waris yang boleh mengundang jangkitan,” katanya.

Setakat ini, dia sudah terbabit dengan tiga urusan kematian akibat COVID-19 termasuk di Bertam Ulu dan Bukit Rambai.

Sejak bekerja dalam bidang itu ketika berusia 15 tahun, katanya, dia mendapati inilah tugas mencabar yang pernah dilihatnya dalam pengurusan jenazah.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/06/825550/pengalaman-penjaga-lampu-kubur

Justeru, dia bersyukur dapat melihat lebih dekat proses pengebumian berkenaan sebagai satu pengajaran buatnya untuk dikongsi bersama.

COMMENTS