”Saya takut, cikgu temankan boleh”, sekali ini yang terjadi…

”Saya takut, cikgu temankan boleh”, sekali ini yang terjadi… Apabila anak-anak sudah melangkah ke tahun satu, ibu bapa sebolehnya hendaklah selalu ajarkan mereka cara asas apa yang perlu dilakukan, contohnya jika mahu ke tandas dan sebagainya. Ini kerana ini adalah asas cara hidup yang dilihat remeh tapi agak penting dalam pembesaran mereka.

Seorang cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsikan kisah berdepan dengan ragam anak murid tahun 1 yang belum tahu cara yang sebetulnya menggunakan tandas. Apatah lagi, majoriti besar tandas-tandas di sekolah menggunakan tandas jenis cangkung dan mungkin murid yang rumahnya menggunakan tandas duduk tidak biasa.

“Cikgu, nak ke tandas,” kata seorang murid tahun satu masa berkumpul kat dewan.

“Okey. Pergilah,” balasku.

“Saya takut. Cikgu temankan boleh,” katanya jujur.

”Saya takut, cikgu temankan boleh”, sekali ini yang terjadi…

Aduh, takut la pulak. Okey la, aku pun teman la dia ke tandas. Masuk je tandas murid, nampak selonggok seluar kat luar tandas.

Ni murid yang sebelum ni pergi tandas tadi ni. Pengawas yang tunjuk tandas, pengawas tu tinggal, dia pergi bukak seluar dan longgok gitu ja. Adeh, buat hal betul lah.

Dah satu hal pula seluar tu kotor dan basah nanti. Nak kena ajar mereka buka seluar dalam tandas ni, naya kalau macam ni.

”Saya takut, cikgu temankan boleh”, sekali ini yang terjadi…

Budak-budak lain bukan kira apa, kadang dipijak je seluar yang ada kat lantai. Budak. Tahun 1 pula tu. Nak marah pun tak leh.

Ni murid lain. Tahun 1 juga. Dia longgok gitu ha seluar kasut dia. Adeh, naya ni bang.
Mak ayah, tolong ajar anak-anak guna tandas awam ya. Ajar mereka buka dan gantung seluar dalam tandas. Bukan buka dan longgok macam kat rumah gini.

Dan kalau anak jenis tak tahan kencing berak, tolong prepare seluar trek biru dan baju t shirt putih ya. Senang nak tukar jika terbuang dalam seluar or pakaian mereka basah kuyup bila ke tandas.

BACA:

’Kena tanya Astro kenapa saya tiada dalam Sepahtu Reunion’

DUN bawah BN turut terbubar serentak PRU15

Cermin depan kapal terbang pecah, ‘pilot’ disedut keluar pada ketinggian 17,000 kaki