Saya pertikai 16 kekosongan Senator tidak diisi zaman PH – Husam

Saya pertikai 16 kekosongan Senator tidak diisi zaman PH – Husam

Saya merujuk kenyataan YB Dato Mahfuz Omar, Naib Presiden Amanah seperti disiarkan oleh portal berita online; Freemalaysiatoday

Terdapat kesilapan laporan oleh laman berita yang memetik kenyataan saya pada Ahad lepas (2 November 2020) sehingga menimbulkan kekeliruan berdasarkan komen YB Dato Mahfuz.

Dalam ucapan saya yang boleh dirujuk semula kepada klip berkenaan dalam internet, saya nyatakan rasa pilu saya ketika memasuki persidangan Dewan Negara selepas kejatuhan kerajaan PH kerana 16 senator yang baru dilantik oleh Yab Ts Muhyidin sebagai Perdana Menteri adalah kuota yang tidak di isi oleh YB Tun Dr Mahathir sebelumnya.

Pemimpin PH termasuk tokoh masyarakat dan veteran tentera lebih layak dilantik mengisi kekosongan itu ketika PH masih berkuasa.

Disebabkan kuota sebanyak 16 kerusi itu tidak diisikan setelah sebahagiannya telah kosong sekian lama, ia membolehkan Tan Sri Muhyidin mengisikannya dengan mudah.

Peluang PH telah berlalu. Se akan telah disengajakan ditinggalkan kosong tidak diisi sejak pengisian pertama hampir dua tahun sebelumnya.

Isu kekosongan ahli Senat ini telah acap kali di bangkitkan dalam mesyuarat PH tetapi tidak ada penjelasan diberikan.

Kedudukan ini tidak sama dengan apa yang dipersoalkan oleh YB Dato Mahfuz, se akan saya mempersoalkan kelambatan perlantikan saya sebagai Senator

Saya berharap penjelasan ini boleh menghentikan kekeliruan berbangkit.

Husam Musa
3 November 2020

Sumber :

COMMENTS