“Saya hanya makan tisu cicah kuah roti canai” – AC Mizal

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]”Saya hanya makan tisu cicah kuah roti canai” – AC Mizal kedai makan near me doa makan kedai makan makan sedap near me meja makan ayat sentap makan dalam meja makan ikea rumah makan cara makan vitamin c shaklee makan in english[/bg_collapse]

 

“Saya hanya makan tisu cicah kuah roti canai” – AC Mizal. Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berkongsi satu kisah yang mungkin tidak ramai tahu ketika dia dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka, hampir 20 tahun lalu.

Jelasnya, fasa merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni ketika itu.

“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah. Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam bank akaun ada RM250 saja.

“Waktu ini boleh dikatakan saat saya jatuh, di mana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.

AC bercerita mengenai perkara itu menerusi program hiburan terbaru, Media Hiburan Throwback episod pertama yang dihoskan Radin Era.

ded4hnya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan kerana mengalami sakit bersalin lebih 12 jam.

"Saya hanya makan tisu cicah kuah roti canai" - AC Mizal

“Ketika ini waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya sakit mengandung lebih 12 jam. Bulan Ogos ketika itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekali gus… tak tidur malam.

“Akan tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit pada hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja. Akan tetapi oleh kerana 12 jam sakit, mahu tak mahu lakukan prosedur pembed4han. Bayaran berlakon pun masih banyak yang tak dapat lagi.

“Tidak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembed4han, duit saya cari. Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh yang berikan saya pinjam duit. Ketika ini memang susah betul.

Video:

“Ketika isteri mengandungkan ni… saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah canai orang. Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya sejurus Radin menunjukkan artikel lama yang merakamkan Emylia mendukung anak sulung di wad bersalin.

Sementara itu, AC turut mengakui kehadiran anak-anak banyak membukanya pintu rezeki.

TONTON :

BACA: 

Heliza Helmi kena kecam dengan netizen, “dah makin hilang warak”

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula

Cara elak anak tengok iklan lucah di Youtube, hanya ubah setting ini