Sarah Hildebrand tinggalkan dunia artis, bakal sertai tentera Amerika?

Sarah Hildebrand tinggalkan dunia artis, bakal sertai tentera Amerika?. Bekas pelakon terkemuka Sarah Hildebrand mengejutkan ramai orang apabila memuat naik foto seolah memberi gambaran menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sarah memuat naik foto dirinya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tentera serta keputusan skor yang diperoleh dalam ujian ketenteraan.

Dalam hantaran berbeza, pemilik nama Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya bersama dua orang lelaki sedang berikrar.

Sarah Hildebrand tinggalkan dunia artis, bakal sertai tentera Amerika?

Tidak memberi penjelasan yang terperinci, Sarah, 32, hanya menulis kapsyen, “Semuanya tidak mustahil.”

Turut dikongsi keputusan ujian Armed Services Vocational Aptitude Battery (ASVAB) yang diperoleh, membayangkan dirinya diterima menjadi anggota kadet Tentera Udara AS.

April lalu, Sarah mengumumkan bersara daripada industri seni hiburan tempatan dan tidak lagi menerima tawaran berlakon atau pengacaraan.

BACA:

Kemas meja di Restoran ‘Fast Food’, tanggungjawab siapa sebenarnya?

Jatuh kerana berita palsu, sos Aminah Hassan kini cuba bangkit kembali

Misteri kehilangan 4 hari lelaki terjawab, dijumpai dalam perut buaya