Sanusi ‘tak puas hati’ dengan JDT

Sanusi ‘tak puas hati’ dengan JDT. Ada nada tidak puas hati diluahkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas pasukannya tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Darul Aman malam tadi.

Menerusi hantaran di laman facebook milik beliau, Sanusi terlebih dahulu mengucapkan tahniah buat JDT yang menang mengatasi Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada pemain dan penyokong kelab itu yang dikatakan sudah memberikan komitmen terbaik.

Bagaimanapun menerusi hantaran yang memuatkan video aksi perlawanan itu juga, Sanusi seakan mempersoalkan keputusan perlawanan dengan mendakwa gol dijaringkan lawan itu ofsaid selain lawan pula diberikan penalti.

“Tahniah JDT yang menang menentang KDAFC malam ini. Tahniah juga pemain dan penyokong KDAFC yang telah memberi komitmen terbaik. Kalah takpa jangan koyak.

Sanusi ‘tak puas hati’ dengan JDT

“Lepas off-side dan dapat penalti dalam bola sepak memang ada juai di kedai tepi jalan di Kelana Jaya” – kata kenyataan berkenaan diikuti emoji ketawa.

Selepas lapan jam, kenyataan berkenaan mendapat 8,900 tanda likes, 4,700 komen selain dikongsi sebanyak 293 kali.

Pada malam tadi, Kedah terpaksa akur dengan kehebatan JDT apabila tunduk 1-3 di Stadium Darul Aman.

Beraksi di hadapan hampir 15,000 penyokong di laman sendiri buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, Kedah turun dengan semangat mahu mencalar rekod tanpa kalah JDT yang kebal dalam 18 perlawanan.

BACA:

Pendedahan mengejutkan, bumbung stesen keretapi lama adalah ‘snowproof’, ini sebabnya direka sebegitu

Jadi duta lebih masyuk dari berlakon dedah Jalaluddin Hassan

Pemandu terkedu melihat 30 ekor gajah melintas di Terengganu