Sanusi tak mengaku Zul Huzaimy ahli Pas

Sanusi tak mengaku Zul Huzaimy ahli Pas. “Siapa Zul Huzaimy, saya tak kenal dia? kenyataan dia bukan mewakili Pas,” tegas Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau memberi raksi itu bagi mengulas kenyataan panas berbaur perkauman oleh selebriti itu yang tular di media sosial.

Muhammad Sanusi berkata, kenyataan selebriti itu tidak mewakili parti dan hanya sekadar mahu menimbulkan isu ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Dia bukan pemimpin dan bukan ahli Pas pun, kalau dia nak sabotaj dengan pergi program kita dan cakap sebegitu, mana boleh menyalahkan Pas..tidak boleh.

“Dia bukan (mewakili Pas), saya pun tidak berani bercakap bagi pihak Pas, yang boleh bercakap hanya Presiden dan Setiausaha Agung Pas.

Sanusi tak mengaku Zul Huzaimy ahli Pas

“Saya pula bercakap dalam bidang pilihan raya dan membabitkan dasar penting kena lihat perlembagaan, isu besar tengok muktamar. Itu cara pentadbiran Pas bukan semudah itu keluarkan percakapan,” katanya ketika berucap pada program Jelajah PN Best Tambun di sini, malam tadi.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kenyataan selebriti itu juga disifatkan bahaya dan boleh dikenakan undang-undang.

Justeru, beliau meminta agar kenyataan pelakon itu tidak dikaitkan dengan kepimpinan parti Pas.

“Sudah selama 32 tahun PAS di Kelantan, tiada apa-apa yang terjadi dan semua orang hidup dengan aman damai.

“Usahkan kata paksa orang masuk Islam, bersunat pun kita tidak paksa,” katanya.

Pada perkembangan sama, Zul Huzaimy menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya memohon maaf atas ucapannya yang didakwa disalah anggap.

Menurutnya, video tular itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud yang sebenarnya bukan memberi gambaran atau berbaur perkauman.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 44 saat oleh pelakon Zul Huzaimy yang dirakam dalam satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

BACA:

Pernah selamatkanya, Penguin sanggup berenang ribuan batu setiap tahun jumpa lelaki ini

Wanita kantoi curi kad ATM tertinggal atas meja, sempat beli burger

Khairul Aming buat hal lagi, buat untung RM360K sehari!