Sanusi dakwa Anwar ‘kacau’ Syed Mokhtar sebab dia melayu

Sanusi dakwa Anwar ‘kacau’ Syed Mokhtar sebab dia melayu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim hanya berani menegur Syed Mokhtar Albukhary berbanding tokoh korporat terkaya di Malaysia yang lain kerana beliau adalah Melayu dan mudah dibuli, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu berkata, tindakan Anwar tidak “mencari” individu terkaya di Malaysia yang lain menimbulkan persoalan memandangkan Syed Mokhtar hanya berada di tangga belasan senarai orang paling kaya di negara.

“Dia kata Syed Mokhtar kawal beras dan perlu beri balik petani RM10 juta dan RM50 juta tahun depan.

“Kenapa Syed Mokhtar? Kerana dia Melayu. Kenapa? Tiada lagi orang kaya lain di Malaysia ini?” soal Sanusi ketika berucap pada Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) bagi pilihan raya Padang Serai di Kedah, malam tadi.

Semalam, Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya memaklumkan Syed Mokhtar setuju untuk memperuntukkan RM10 juta kepada petani miskin selepas ditegur olehnya.

Sanusi dakwa Anwar ‘kacau’ Syed Mokhtar sebab dia melayu

Anwar turut menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan membenarkan berlaku pembolotan harta oleh tokoh-tokoh politik terhadap golongan pesawah padi.

Dalam pada itu, Sanusi turut menyarankan supaya Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil supaya fokus terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang anggota Kabinet dan tidak membuang masa memantau akaun TikTok miliknya.

Katanya, tindakan Fahmi yang menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat ucapannya ketika berucap pada Ceramah Jelajah PN Padang Serai baru-baru ini hanya membazirkan masa tambahan pula apabila video ucapan yang dimuat naik dalam akaun media sosial itu disalah tafsir.

Menurut Sanusi, ucapan itu sebenarnya adalah nasihat kepada pengundi Padang Serai supaya tidak ada sikap “berkira” apabila melaksanakan tanggungjawab mengundi pada 7 Disember sempena pilihan raya Padang Serai.

“Dia (Fahmi) jumpa saya nasihat orang ramai pakat balik mengundi di Padang Serai.

“Saya pesan jangan berkira duit minyak, balik undi dulu, kita nak Pakatan Harapan (PH) kalah, takkan menasihat pun salah, takkan macam itu pun koyak?” soal beliau.

Menurut Sanusi, sebagai seorang menteri komunikasi digital, Fahmi seharusnya tumpu kepada isu seperti berkaitan dengan liputan internet dan bukannya tumpu kepada akaun media sosial pemimpin PN.

“Jadi menteri, tanggungjawabnya besar. Saya baca dalam akhbar menteri suruh siasat saya.

“Padang Serai mana mengundi lagi? 7 Disember baru orang mengundi. Pening apa?” soal Sanusi.

BACA:

Sanggup masuk mahkamah sebab nak curi motosikal hakim berharga RM80 ribu

Apa jenis tarian Da’i Syed buat ni? Sekali netizen masuk backup

65km dikejar polis, akhirnya wanita ini berjaya ditahan