“Santai Nampak…” Tauke besar jaga kaunter kedai

“Santai Nampak…” Tauke besar jaga kaunter kedai

“Santai Nampak…” Tauke besar jaga kaunter kedai.Biasanya kucing berwarna oren lebih diingati dengan kenakalan mereka atau telatah mereka yang suka mencetuskan masalah di rumah.

Tetapi lain pula dengan gelagat si oyen ini yang membuatkan ramai ‘geram’ dengan kecomelannya ini.

Semuanya apabila si oyen ini dilihat begitu santai menjaga kaunter kedai sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih setengah juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang duduk bersantai di atas kaunter kedai tersebut.

Lebih melucukan, dia juga kelihatan begitu bersahaja dan siap menggoyangkan ekornya semasa gelagatnya ini dirakamkan.

Sekali pandang juga, kucing itu dilihat seperti tauke kedai yang sedang menjaga kedai tersebut dan memerhatikan pelanggannya.

Pemilik video turut berkongsikan beberapa video lain tentang gelagat kucing itu di kedai.

Rupa-rupanya, kucing itu sememangnya suka duduk di atas kaunter itu dengan posisi bersandar seperti itu.

Melihatkan gelagat comelnya ini, netizen turut sama berseloroh mungkin juga pemilik kucing itu telah memintanya menjaga kedai tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gaya si oyen ini.

Malah ada yang turut ‘geram’ melihat gayanya menjaga kedai mengalahkan seorang tauke kedai pula.

Baca  :“Ni Orang Panggil Rezeki Datang Bergolek” Ikan Besar Dijumpai Dalam Rumah

COMMENTS