Sambut birthday kat office, 9 kena kompaun berjumlah RM65,000

Sambut birthday kat office, 9 kena kompaun berjumlah RM65,000

Akibat meraikan sambutan hari lahir di sebuah pejabat di Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, di sini semalam, sembilan kakitangan pejabat berkenaan dikenakan kompaun RM65,000 keseluruhannya kerana melanggar prosedur operasi standarad (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Lapan individu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang manakala penganjur majlis itu dikenakan kompaun RM25,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata kesemua individu berkenaan dikompaun pada 2.15 petang oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang membuat pemeriksaan mengejut.

Beliau berkata dalam pemeriksaan itu, pasukan pematuhan PKP IPD Petaling Jaya mendapati majlis itu diadakan di dalam sebuah bilik yang di dalamnya terdapat sembilan individu terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki berumur lingkungan 23 hingga 45 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati majlis sambutan hari lahir itu aktiviti terlarang di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Kesemua individu yang diperiksa dikenakan kompaun di bawah Peraturan 9 iaitu aktiviti terlarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dan mematuhi SOP agar dapat bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19 bagi kesejahteraan bersama.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/29/rai-majlis-hari-lahir-9-individu-dikompaun-rm65000/

COMMENTS