Sajat ucap terima kasih kepada idolanya Siti Nurhaliza, ini yang berlaku

Sajat ucap terima kasih kepada idolanya Siti Nurhaliza, ini yang berlaku. Siapa yang tidak kenal dengan Sajat, segala tindak tanduk dan aktiviti yang dilakukan olehnya seringkali menjadi perhatian warga net.

Sajat Menyanyikan Lagu Ziana Zain

Melihat di Tiktok, kelihatan satu bahagian daripada sesi LIVE Sajat di media sosial telah diambil keluar dan keratan itu digunakan oleh ramai pengguna Tiktok.

Keratan tersebut menunjukkan Sajat menyanyikan kembali bait-bait lagu Anggapanmu yang dinyanyikan oleh penyanyi asal, Ziana Zain.

Dato Sri Siti Nurhaliza Duet Suara Sajat

Sajat ucap terima kasih kepada idolanya Siti Nurhaliza, ini yang berlaku

Di Instagram, kelihatan Sajat ada memuat naik satu video Siti Nurhaliza yang menggunakan suaranya dalam satu hantaran di media sosial.

Sajat menyatakan terima kasih kepada Siti Nurhaliza yang merupakan idola dan kesayangan semua orang tersebut. Malah dia juga turut terharu apabila Siti yang sudi berduet suara dengannya.

Netizen Puji Sajat Dan Siti Nurhaliza

Di ruangan komen, kelihatan ramai netizen yang terhibur dengan duet suara tersebut. Malah netizen juga turut menyatakan bahawa Siti Nurhaliza adalah seorang yang ‘sporting’.

Bukan itu saja, kelihatan ramai yang netizen merindukan Sajat untuk kembali ke Malaysia semula.

BACA:

Aksi ‘goyang’ Kak KM raikan kemenangan kes saman, netizen perasan sesuatu

Rider terkejut kena maki ‘bodoh’ dengan customer, ini sebenarnya yang berlaku

Perantisiswa : Permohonan fasa 2 dibuka mulai 1 Ogos