Saifuddin dedah punca rundingan PN BN gagal di Pahang

Saifuddin dedah punca rundingan PN BN gagal di Pahang. Perikatan Nasional (PN) Pahang mendakwa gabungan itu ditawarkan satu kerusi EXCO jika bersetuju membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional (BN) walaupun PN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata BN yang memenangi 16 daripada 41 kerusi DUN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan tujuh kerusi EXCO.

Sambil menyifatkan tindakan BN itu sebagai tamak, beliau berkata ia juga seolah-olah mahu mengetepikan mandat rakyat.

Katanya, PN yang bersedia berunding membentuk Kerajaan Pahang bersama BN mahu rundingan itu bukan dengan Pakatan Harapan (PH) yang membawa agenda bertentangan dengan kepentingan rakyat.

“Tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi EXCO dan hanya setuju berikan PN satu kerusi EXCO sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat.

Saifuddin dedah punca rundingan PN BN gagal di Pahang

“Sifat tamak dan mahu mengetepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar UMNO-BN yang rakyat perlu sedar.

“Saya tidak tahu apa gula-gula “pelincir” yang PH setuju tawarkan kepada BN. Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Saifuddin berkata, parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah PN.

“Itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN Pahang memenangi 17 daripada 41 kerusi DUN Pahang, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi dan PH, lapan kerusi.

Berikutan keputusan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

BACA:

MB Perak dedah usaha ‘cilok’ 4 Adun BN

Terlalu tinggi, Nur Syahirah sukar dapat jodoh

Aksi kanak-kanak diminta ikrar tak nak susu badan lagi cuit hati pengguna TikTok