Sah !!! Serina Redzuawan bergelar isteri buat kali kedua bersama pilihan hatinya

Sah !!! Serina Redzuawan  bergelar isteri buat kali kedua bersama pilihan hatinya

PELAKON dan pengacara, Serina Redzuawan sah bergelar isteri buat kali kedua bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Aidid.

Menerusi perkongsian di Instagram hari ini, Serina yang juga anak kepada cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, bersyukur majlis yang diadakan secara tertutup itu berjalan lancar.

“Sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah, Serina nak umumkan yang saya dah selamat mendirikan masjid bersama suami.

“Majlis nikah kami diadakan secara tertutup sahaja. Alhamdulillah, selesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah.

“Alhamdulillah, dialah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,”katanya.

Dalam pada itu, Serina turut menberitahu perkahwinannya itu turut direstui oleh bapanya.

Malah, dia dan suami akan menganjurkan kenduri doa selamat di restoran milik Chef Wan, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Terima kasih papa merestui perkahwinan kami, Insya-Allah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran papa ya.

“Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina dan Aidid semangat serta doa,” ujarnya.

Serina,38, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 sebelum sah bercerai pada 1 Ogos 2017.

Perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef,11 dan Isabella Saffiya,10 tahun.

Berita Penuh :https://utusantv.com/2021/04/09/serina-redzuawan-nikah-kali-kedua-dalam-majlis-tertutup/

COMMENTS