Sabronzo Dolla tampil seksi, lain yang pula dia ’belanja’..

Sabronzo Dolla tampil seksi, lain yang pula dia ’belanja’.. Nama kumpulan Dolla yang dianggotai oleh empat gadis cantik sehingga mendapat jolokan Blackpink Malaysia ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, setiap kelincahan tarian dan nyanyian mereka pasti menerima pujian di kalangan pengikut.

Ditambah pula, Dolla terpalit dengan kontroversi memakai pakaian tidak sopan ketika melakukan persembahan di sebuah festival Good Vibes Weekender. Walaupun sudah memohon maaf dan menyatakan kekhilafan soal pemakaian kerana memberi fokus pada persembahan, namun ia tidak mungkin memadamkan perhatian ramai.

Terbaharu, nama salah seorang anggota Dolla menjadi bualan ‘hangat’ netizen kerana berpenampilan seksi. Menerusi video dimuat naik oleh Sabronzo di laman TikTok, dia yang memakai kemeja putih sehingga menampakkan pusat dan skirt pendek dilihat menari bersama rakan kumpulannya iaitu Angel .

Hal kerja atau terlepas pandang lagi?
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan kekecewaan melihat penampilan Sabrozno atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli. Mana tidaknya, kumpulan itu baru sahaja mengeluarkan kenyataan lalai dan terpandang kerana berpakaian seksi, namun lain pula jadinya pada kali ini.

Tidak kurang juga, ada yang mempersoal tindakan berpakaian sedemikian sama ada ia disebabkan tuntan kerja atau sebaliknya.

Sabronzo Dolla tampil seksi, lain yang pula dia ’belanja’..

Nilai bakat, bukan penampilan – Dolla
Salah seorang ahli Dolla iaitu Sabronzo berkata mereka enggan peduli dengan pandangan negatif orang ramai sebaliknya mahu memberi fokus untuk tingkatkan kerjaya seni.

“Keutamaan kami adalah muzik dan kerjaya. Tetapi, setiap orang mempunyai pandangan dan hak untuk bersuara.

“Seperti penyanyi lain, kami juga mahu bakat dan kebolehan yang kami ada untuk dinilai serta diberi perhatian, bukannya penampilan,” katanya.

Dalam pada itu, Sabronzo berharap agar isu cara pemakaian mereka itu tidak dipanjangkan lagi dan kecaman yang diterima membuatkan mereka sedar serta akan lebih berhati-hati dalam pememilihan pakaian.

“Kami akur untuk memperbaiki imej dan akan mematuhi cara pemakaian yang lebih bersesuaian. Kami mahu terus bergetak ke depan dan sudah tentunya, kami akan lebih berhati-hati,”katanya.

Bukan dah minta maaf ke?

Tak sejuk ke?
Selain itu ada yang bertanya sama ada penyanyi itu tidak berasa sejuk sewaktu berpakaian sedemikian.

Cantiknya!
Meskipun menerima kritikan, masih ada netizen memuji pemakaian Sabronzo dan Angel yang dilihat sangat cantik walaupun hanya berpakaian ringkas sedemikian.

Terdahulu, Sabronzo pernah dikritik keterlaluan ketika menari tarian ‘twerk’ di TikTok sehingga mengundang kecaman ramai. Mereka mengakui terlepas pandang mengenai soal pemilihan pakaian mungkin kerana terlalu fokus kepada persembahan.

@sabronzoooo City gworls @✧ angel *:・゚✧ ♬ original sound – luv.

BACA:

Peja yakin PN menang besar, nekad langgar BN di Perak

‘Hari ini RM1 esok boleh jatuh kepada 20 sen’, duit RM tak laku di Thailand

Gaya pakcik ini bikin ramai tergelak, dia tuck-in baju hujan..