Ryzal teruk dikecam netizen kerana muat naik gambar ini waktu mengundi

Ryzal teruk dikecam netizen kerana muat naik gambar ini waktu mengundi

Ryzal teruk dikecam netizen kerana muat naik gambar ini waktu mengundi. Sebelum ini satu gambar yang dimuatnaik oleh Ryzal mendapat kecaman dan perhatian daripada netizen dan ada video terbarunya turut mengigatkan netizen mengenai postingnya tersebut.

Memuat Naik Gambar Hitam Putih

Awal sebelum mengundi, Ryzal ada memuatnaik satu gambar hitam putih dengan ucapan selamat mengundi kepada rakyat Malaysia.

Gambar tersebut mendapat perhatian daripada netizen, ramai yang terkejut dan menyatakan bahawa gambar tersebut seolah-olah tidak menjaga sensitiviti kerana ada sesetengah netizen yang berpendapat gambar hitam putih tersebut lebih sinonim dengan kematian.

Turut Turun Mengundi

Ryzal teruk dikecam netizen kerana muat naik gambar ini waktu mengundi

Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, instafamous Ryzal Ibrahim sempat meluahkan rasa bangganya selepas menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menerusi perkongsian video di Instagram.

Pada video tersebut dia sempat menjelaskan kepada isterinya, Maryam You Narae tentang maksud di sebalik calitan dakwat kekal di jari kirinya.

Maryam Tergelincir

Namun ketika pasangan ‘Duriankimchi’ itu sedang menuruni tangga sambil bercakap menerusi kamera, Maryam secara tiba-tiba tergelincir.

Berkongsi tentang situasi cemas yang berlaku, Ryzal berkata dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Mendapat Teguran Netizen
Dalam pada itu rata-rata netizen mendoakan agar Maryam berada dalam keadaan baik selepas insiden berkenaan.

Namun dalam masa sama ada juga dalam kalangan warganet menegur tindakan pasangan itu kerana mengabaikan keselamatan sendiri demi content. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mula mengaitkan kejadian tersebut dengan ‘postingnya’ sebelum itu.

BACA:

12 hari jalan dalam bentuk bulatan, aksi kambing ini timbul tanda tanya

Kerajaan baharu bakal diketahui hari ini

Lagu Untukmu Ibu undang linangan air mata peminat