Russian bina kilang bernilai RM70 bilion di Indonesia

Russian bina kilang bernilai RM70 bilion di Indonesia.Indonesia dan Russia bersedia untuk bekerjasama menerusi beberapa projek walaupun Barat meminggirkan Russia kerana menceroboh Ukraine.

Seorang pegawai kanan kerajaan Indonesia memberitahu The Straits Times semalam bahawa syarikat minyak milik Indonesia, Pertamina dan syarikat minyak Russia, Rosneft akan meneruskan projek membina kilang penapisan minyak di wilayah Jawa Timur.

“Bagi kilang menghasilkan bahan api dan bahan mentah untuk industri petrokimia ini, pihak Russia sudah berunding untuk mendapatkan pelepasan cukai.

“Projek ini akan diteruskan sebagaimana ditetapkan,” kata pegawai menyelia projek itu, yang enggan namanya didedahkan.

Kedua-dua syarikat milik kerajaan itu sebelum ini membentuk kerjasama berpangkalan di Jakarta menerusi PT Pertamina Rosneft Pengolahan dan Petrokimia.

Russian bina kilang bernilai RM70 bilion di Indonesia

Syarikat usaha sama itu akan menguruskan kilang minyak New Grass Refinery Root (NGRR) di Jawa Timur dekat Tuban dan mempunyai keupayaan pengeluaran 229,000 tong sehari bagi petrol, diesel dan bahan api jet.

Fasa perancangan bagi pra projek sudah selesai dengan kos AS$16 bilion (RM70 bilion), iaitu 45 peratus saham milik Rosneft manakala Pertamina memiliki 55 peratus.

Apabila projek itu siap sepenuhnya, ia dijangka banyak membantu Indonesia mengurangkan kebergantungan kepada bahan api import yang harganya kini terus melonjak.

Semalam, kedutaan Russia di Jakarta berkata, Presidennya, Vladimir Putin, menawarkan untuk syarikat kereta api negara itu, Russian Railways, melabur di ibu negara baru Indonesia di Kalimantan.

Pembinaan di ibu kota baharu dinamakan Nusantara itu akan bermula pada bulan depan selepas ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Kerajaan sebelum ini menjemput pelabur termasuk dari Abu Dhabi dan Kumpulan Teknologi Foxconn Taiwan untuk membantu membekalkan tenaga elektrik boleh diperbaharui di ibu kota baharu itu.

Syarikat tenaga Russia juga berminat melabur di Indonesia, terutama membangunkan tenaga nuklear untuk membekalkan elektrik, kata Putin ketika lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ke Moscow kelmarin, menurut kenyataan Kedutaan Russia.

Indonesia berdepan isu kekurangan tenaga elektrik terutama di wilayah Kalimantan dan Sulawesi.

Russia mengalihkan tumpuannya ke Asia dan Afrika selepas berdepan pelbagai sekatan Barat yang belum pernah berlaku sebelum ini susulan tindakannya menceroboh Ukraine.

BACA:

Diskaun saman 50 peratus diperkenal PDRM, ini lokasinya

Gara-gara tegur hidung, Daiyan Trisha ‘block’ pengikut di media sosial

Tak pakai makeup, penampilan ayu Lisa Surihani buat penonton tergamam