Rupanya nak harap duit sendiri dari KWSP pada masa terdesak pun susah – Najib

Rupanya nak harap duit sendiri dari KWSP pada masa terdesak pun susah – Najib

Datuk Seri Najib Razak menyindir pihak-pihak yang menimbulkan polemik berhubung cadangan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Cadangan itu dikemukakan olehnya sebelum ini bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Kerajaan menurut Najib, boleh membenarkan pengeluaran duit dengan menghadkan pengeluaran secara one-off sehingga RM10,000 daripada akaun tersebut.

Menurutnya, dulu mereka kata jangan harap wang percuma daripada kerajaan.

“Rupanya nak harap duit sendiri dari KWSP pada masa terdesak pun susah,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi sebuah portal berita berkata, Parlimen Malaysia sudah tercemar apabila Najib yang disabitkan tuduhan jenayah tetapi belum menjalani hukuman penjara, dibenarkan berbahas dan menasihati kerajaan mengenai belanjawan negara.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Oleh itu, Mahathir menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar tidak perlu menerima nasihat daripada Najib. – MalaysiaGazette

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/11/13/nak-harap-duit-sendiri-pun-susah-najib/

COMMENTS