Runner terkilan dapat duit koyak, berlubang

Runner terkilan dapat duit koyak, berlubang

Runner terkilan dapat duit koyak, berlubang.’RUNNER’ mana yang tidak gembira dan bersyukur apabila menerima upah berjumlah ratusan ringgit.

Namun, keterujaan hasil titik peluh sendiri itu bertukar rasa sedih dan kecewa yang teramat dalam.

Begitulah yang dialami seorang pemuda apabila upahnya menerusi satu sampul kesemuanya wang kertas yang rosak – koyak, mempunyai kesan kotoran dan berlubang!

Berkongsi pengalaman kepada mStar, pemuda itu, Muhammad Syahmi Ismail memberitahu, dia mencari rezeki dengan menyediakan khidmat sebagai runner sejak dua tahun lalu.

Berusia 26 tahun, runner berkenaan berkata, kejadian yang tidak disangka-sangka itu berlaku pada minggu lalu selepas memberi khidmat penghantaran kepada seorang pelanggan wanita.

Runner

“Saya dapat upah sebanyak RM500 selepas hantarkan barang-barang basah yang dijual seorang akak ni selama dua minggu.

“Selesai kerja, akak tu bagi upah dalam sampul yang saya hanya check kemudian. Bila buka je sampul tengok semua wang kertas RM100 dan RM50 rosak, saya terkejut dan terkilan.

“Tak tahu nak cakap macam mana, tiba-tiba penat kerja selama dua minggu tu terasa dan hanya terfikir risau duit tu betul atau palsu?” katanya ketika dihubungi.

runner duit rosak 5

Antara wang kertas yang rosak diterima Katun.

Susulan kejadian itu, dia yang lebih dikenali sebagai Katun membuat perkongsian video mengenai wang tersebut di aplikasi TikTok, sambil menambah pada masa sama bertanyakan rakan-rakan serta pergi ke bank untuk menyelesaikan perkara itu.

Menurut pemuda berasal dari Shah Alam, Selangor itu, pelanggan wanita yang merupakan penjual barang basah itu tampil mendedahkan hal sebenar selepas videonya menjadi tular.

“Saya tengah geram, kalau call terus nanti marah-marah. Masalah tak akan selesai kalau naik angin. Jadi, saya perlukan tempoh bertenang.

“Tapi bila video tu dah viral, akak tu hubungi saya nak beritahu duit tu memang rosak, cuma dia takut nak beritahu,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Katun berasa terkilan dengan kejadian yang berlaku.

Katun berkata, pelanggan tersebut mendedahkan kesemua wang tersebut sebenarnya hasil simpanan dalam tong gas yang dijadikan sebagai tabung.

“Jadi, kesan gas tu merosakkan semua duit tu. Akak tu kata terpaksa guna duit tabung tu sebab dia tengah susah. Tapi dia takut nak beritahu saya yang duit tu dah rosak sebenarnya.

Satu pengajaran buat saya. Kita boleh buat baik, percaya kat orang dan beri kerjasama, tapi tetap kena berhati-hati

“Saya beritahu akak tu kalau dia jelaskan hal sebenar awal-awal saya tak akan rasa kecewa macam ni. Susah macam mana pun, kalau perlukan pertolongan, insyaAllah boleh tolong atau fikir jalan macam tangguh bayaran atau bayar sikit dulu,” katanya dengan nada kesal.

Bagaimanapun, Katun yang menyediakan khidmat penghantaran di sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitar terutama Shah Alam memaafkan peniaga berkenaan.

“Pertama kali saya berurusan dengan akak tu. Kadang-kadang memang saya ambil upah setiap hari tapi akak tu baik, jadi saya lebih percayakan dia.

“Saya maafkan akak tu, mana tahu kan dia perlukan perkhidmatan saya lagi. Atau saya pula tak ada job runner, nanti boleh tanya dia,” katanya sambil menambah wang yang rosak disahkan tulen dan diselesaikannya dengan pihak bank.

Insiden yang berlaku membuatkan Katun lebih berhati-hati pada masa akan datang dan diharapkan perkongsiannya itu turut menjadi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat terutama mereka yang mencari rezeki sebagai runner.

“Silap saya juga tak check duit tu depan-depan sebab segan. Satu pengajaran buat saya. Kita boleh buat baik, percaya kat orang dan beri kerjasama, tapi tetap kena berhati-hati,” katanya.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/10/05/alahai-nasib-badan-upah-kerja-2-minggu-runner-terkilan-dapat-duit-koyak-berlubang–saya-maafkan-akak-tu#cxrecs_s

BACA: Mas Anizan mengesahkan dia sudah bercerai

COMMENTS