Rumpai laut menyerupai ‘hantu laut’ di Pantai gusarkan nelayan

Rumpai laut menyerupai ‘hantu laut’ di Pantai gusarkan nelayan

Rumpai laut menyerupai ‘hantu’ di Pantai gusarkan nelayan.Kemunculan beberapa makhluk aneh yang kelihatan seperti hantu di Pantai Newry mencetuskan kegemparan dalam kalangan penduduk di kawasan itu.

Lapor The Sun, makhluk halus umpama figura manusia yang menonjol dari laut ketika air surut di Pantai Newry merupakan penampakan ikonik di luar pantai Holyhead, Anglesey.

Ramai orang menyamakan makhluk halus itu seperti ‘hantu laut’ ketika dilihat di bawah cahaya bulan pada musim luruh.

Rumpai

Namun, rupa bentuk makhluk itu mempunyai penjelasan yang lebih konkrit.

Makhluk aneh yang digembar-gemburkan orang ramai sebenarnya merupakan tanjakan bot penyelamat lama Holyhead yang bersalut dengan sisa rumpai laut.

Menurut laporan Daily Post, hamparan air yang mengelilingi ‘hantu laut’ ditemukan itu adalah sangat berbahaya.

Gambar rumpai laut yang dirakam oleh seorang pengunjung, Craig Fairclough menjadi tular dalam media sosial.

“Saya sedang berjalan bersama anjing saya di sepanjang Pantai Newry dan tiba-tiba ternampak rumpai laut kelihatan seperti tubuh manusia menonjol dari air laut,” katanya.

baca: Lelaki rogol, bunuh adik ipar di tahan Polis kelantan

COMMENTS