Rumah “tebakau’ di jual dengan harga RM1.7 juta

Rumah “tebakau’ di jual dengan harga RM1.7 juta

Rumah “tebakau’ di jual dengan harga RM1.7 juta.Sebuah rumah di Massachusetts, Amerika Syarikat yang musnah dalam kebakaran pada Ogos lepas kini diiklankan untuk dijual pada harga AS$399,000 (RM1.7 juta) tanpa dibaiki, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Kediaman satu tingkat dengan tiga bilik tidur yang terletak di bandar Melrose itu terbakar sepenuhnya selain bahagian tingkapnya dilaporkan meletup dalam kebakaran tersebut dan tidak pernah dibaiki sejak itu.

“Rumah ini perlu diubah suai sepenuhnya atau dimusnahkan dan dibina semula. Pembeli perlu melakukan proses usaha wajar sendiri. Ia dijual dalam keadaan sebegitu,” demikian menurut keterangan pada iklan jualan rumah tersebut.

Sementara itu, menurut laporan akhbar Boston Globe, dalam insiden kebakaran yang memusnahkan rumah tersebut, anggota bomba terpaksa mencabut dinding dan siling pada bahagian dalam rumah untuk memadamkan api.

Terdapat beberapa anggota bomba yang terpaksa menerima rawatan akibat cedera ringan namun, para penghuni rumah dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/02/rumah-rentung-berharga-rm1-7-juta/

BACA: Ini 5 Pengajaran Yang Kita Dapat Bila Tonton Siri Squid Game

COMMENTS