Rumah ‘Ajaib’ Tidak Dijilat Api Akhirnya ‘Ditelan’ Lava Gunung Berapi

Rumah ‘Ajaib’ Tidak Dijilat Api Akhirnya ‘Ditelan’ Lava Gunung Berapi

Rumah ‘Ajaib’ Tidak Dijilat Api Akhirnya ‘Ditelan’ Lava Gunung Berapi.Sebuah ‘rumah ajaib’ yang dikelilingi oleh lava yang meletus dari gunung berapi La Palma minggu lalu akhirnya musnah, kata pemiliknya.

Rainer Cocq, seorang pesara ahli perniagaan Denmark berusia 80-an yang memiliki rumah percutian dan ladang anggur di sekitarnya mengesahkan bahawa rumah itu telah dimusnahkan oleh lava.

“Semuanya musnah,” katanya kepada akhbar Sepanyol dari kediaman tetapnya di Denmark. “Kami telah kehilangan segalanya di pulau tercinta kami. Ia sangat menyedihkan. Inge dan saya sangat kecewa.” tambahnya.

Minggu lalu, gambar rumah itu menjadi tajuk utama di seluruh dunia kerana ia menjadi simbol pertahanan dan ketahanan ketika ratusan rumah dan kawasan ladang lain di kawasan itu dibakar oleh gunung berapi.

Ajaib
Akhirnya, lava itu makin banyak sehingga mengalir ke sebidang tanah di mana rumah kecil itu berada serta memusnahkan segala yang ada di sekitarnya.

Gambar: Daily Mail
Berita mengenai kemusnahan harta benda itu dikeluarkan ketika lava mengalir ke laut hari ini. Penduduk tempatan juga diberi amaran untuk berada di dalam rumah kerana risiko gas beracun yang dihasilkan oleh gunung berapi.

Sehingga pagi Selasa, pemerhatian dari satelit EU mengatakan lava itu telah memusnahkan 589 rumah, membakar 640 ekar tanah dan menghancurkan jalan sejauh 13 batu.

Keadaan bencana alam telah diisytiharkan di pulau itu. Letusan tersebut telah menjadikan lebih dari 6,000 orang diarahkan berpindah dari kediaman mereka. Namun setakat ini tiada yang cedera atau kehilangan nyawa.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/30/seminggu-bertahan-rumah-ajaib-tidak-dijilat-api-akhirnya-ditelan-lava-gunung-berapi/

BACA: Majlis bertukar Kecoh Bapa Pengantin Perempuan Sepak Bakal Menantu Ketika Akad Nikah

COMMENTS