Roti Gardenia bak goreng pisang panas di Kelantan

Roti Gardenia bak goreng pisang panas di Kelantan

Penjualan roti Gardenia dilihat laris dan sukar didapati di kedai serta pasar raya di daerah ini sejak petang semalam menjelang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh seluruh negara bermula 1 Jun.

Tinjauan Kosmo! di sebuah pasar raya di bandar Gua Musang mendapati, rak yang menempatkan Roti Putih Gardenia Original Classic keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. itu habis dibeli pelanggan.

Seorang pelanggan, Nur Yusra Rustam, 29, berkata, sejak petang semalam dia sukar mendapatkan bekalan roti putih itu.

Katanya, dia juga telah mencari di kedai runcit lain, namun tetap kehabisan bekalan.

“Kebiasaannya, bekalan roti putih itu sentiasa penuh di atas rak di kedai runcit atau pasar raya dan kini sudah habis licin.

“Kemungkinan lori yang membawa roti masih sedang dalam perjalanan untuk bawa bekalan baharu ke sini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan, Ahmad Zaidi Abdul Rahman, 35, berkata, dia juga tercari-cari bekalan roti putih itu membuat roti sandwic telur.

Dia yang merupakan seorang peniaga roti sandwic di rumahnya ini terpaksa menukar roti keluaran lain hari ini.

“Rasa roti putih Gardenia yang lembut dan sedap. Ia berbeza daripada roti keluaran jenama lain menjadi pilihan saya sejak dahulu lagi.

“Saya berharap semoga lori roti Gardenia yang dalam perjalanan cepat-cepat menghantar bekalan baharu,” katanya.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/30/roti-gardenia-laris-di-gua-musang/

COMMENTS