Ronnie Liu dedah sebab keluar DAP

Ronnie Liu dedah sebab keluar DAP. Veteran DAP, Ronnie Liu akan bertindak keluar daripada parti dalam masa terdekat.

Ketika dihubungi The Star pada Sabtu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu berkata terpaksa membuat keputusan tersebut kerana tiada pilihan.

“Saya terpaksa kerana tiada pilihan,” katanya dilaporkan The Star.

Ronnie Liu dedah sebab keluar DAP

Liu bagaimanapun enggan mengesahkan bila tarikh sebenar beliau akan meninggalkan parti tersebut, termasuk jika akan berbuat demikian pada Ahad.

Sebaliknya, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat.

Sebelum ini, tersebar khabar angin mendakwa Liu yang terkenal sebagai ahli yang setia kepada DAP selama beberapa dekad, bakal meninggalkan parti itu disebabkan kemelut dalaman.

BACA:

Dah 6 bulan cerai, wanita dedah masih tinggal serumah dengan bekas suami siap suruh jadi pelacur

Peja yakin PN menang besar, nekad langgar BN di Perak

‘Hari ini RM1 esok boleh jatuh kepada 20 sen’, duit RM tak laku di Thailand