Rider ini sanggup u-turn, gadai nyawa kutip Jalur Gemilang tersadai atas jalan

Rider ini sanggup u-turn, gadai nyawa kutip Jalur Gemilang tersadai atas jalan

Rider ini sanggup u-turn, gadai nyawa kutip Jalur Gemilang tersadai atas jalan.SEMANGAT cintakan negara boleh dilakukan di mana-mana, termasuk dalam insiden yang tidak disangka-sangka.

Begitulah yang dialami seorang penghantar makanan apabila ternampak Jalur Gemilang jatuh di tengah jalan yang sibuk.

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, pemuda berkenaan bukan sahaja mengutip bendera Malaysia itu, malah batang kayunya yang telah patah.

 

Bercakap kepada mStar, Muhammad Fakharuddin Shahudin berkata, insiden berlaku dekat Selayang, Selangor ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Serendah.

Pemuda berusia 22 tahun itu memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu dia melihat sebuah kereta cuba mengelak sesuatu di jalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dalam perjalanan, saya nampak sebuah kereta yang cuba mengelak sesuatu tetapi tak sempat dan terlanggar benda tu. Saya sedang menunggang motor dari belakang ketika itu.

“Saya sempat melihat pemandu kereta cuba mengelak sebatang kayu, dan terdapat Jalur Gemilang melayang ke tengah jalan. Ia berlaku begitu pantas dan saya terpaksa meneruskan perjalanan,” katanya ketika dihubungi.

Kayu yang ditemui bersama Jalur Gemilang.

rider

Bagaimanapun sejurus selepas kejadian itu, terdetik perasaan serba salah dalam hati anak muda itu dan dia memutuskan untuk berpatah balik.

“Saya buat pusingan-U (U-turn) kira-kira 1 kilometer (km) di hadapan untuk berpatah balik. Satu lagi U-turn lebih 1km untuk kembali ke lokasi tempat saya nampak kayu dan Jalur Gemilang tu.

“Setibanya di lokasi kejadian, kayu tu nampak dah patah masih di tengah jalan, manakala Jalur Gemilang sudah melayang ke pembahagi jalan,” ujarnya yang berasal dari Serendah.

Anak tunggal itu berdepan dengan risiko sebanyak dua kali bagi mengutip kayu yang patah di tengah jalan, sebelum berpatah balik ke pembahagi jalan untuk mendapatkan Jalur Gemilang.

kutip jalur gemilang 4

Fakharuddin mahu menyemarakkan semangat cintakan negara.

“Saya tunggu jalan clear dahulu baru saya melintas jalan. Fikiran pertama saya adalah untuk kutip kayu tu dahulu bagi mengelakkan ia dilanggar oleh mana-mana pengguna jalan raya.

“Selepas letak kayu di tepi jalan, saya lintas semula untuk ambil Jalur Gemilang. Ketika ini pemandu mula memperlahan kenderaan mereka bagi memberi laluan kepada saya membawa Jalur Gemilang ke tepi jalan,” katanya yang menjadi penghantar makanan sejak 2019.

Saya nak sampaikan mesej bukan sebab sambutan kemerdekaan, baru nak kibar Jalur Gemilang. Kalau boleh hari-hari biasa pacaklah satu Jalur Gemilang di rumah
FAKHARUDDIN
Susulan itu, dia mengikat semula Jalur Gemilang itu pada kayu tersebut yang kemudiannya dipautkan pada beg penghantarannya dan ia berkibar dalam perjalanan kira-kira 20km ke Serendah.

“Jalur Gemilang tu kotor sedikit dan terdapat kesan koyak. Tapi saya bangga bila kenderaan yang berselisih bunyikan hon kerana mengibarkan Jalur Gemilang pada motor,” katanya.

kutip jalur gemilang 2

Jalur Gemilang yang dikutipnya, dipacak di luar rumah.

Dalam pada itu, Fakharuddin menjelaskan perkongsian video tersebut bukan konten semata-mata, tapi atas rasa tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.

“Saya bukan nak tunjuk hero atau membahayakan diri untuk kutip Jalur Gemilang, tapi kalau saya tak buat ketika itu siapa lagi nak buat?

“Niat asal untuk alihkan kayu yang patah tu daripada dilanggar kenderaan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. Lebih-lebih lagi jalan di situ lurus, dari jauh tak nampak pun kayu yang tajam tu… bila dah dekat baru perasan.

“Saya juga nak sampaikan mesej bukan sebab sambutan kemerdekaan, baru nak kibar Jalur Gemilang. Kalau boleh hari-hari biasa pacaklah satu Jalur Gemilang di rumah,” katanya sambil menambah Jalur Gemilang yang dikutipnya itu dipacak di luar rumah.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/09/02/rider-ini-sanggup-u-turn-gadai-nyawa-kutip-jalur-gemilang-tersadai-atas-jalan-kemudian-pasang-pada-box-makanan—kotor-koyak-sikit-tapi-saya-bangga

BACA: (Video) Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah

COMMENTS