Riaksi kanak-kanak berlari teruja sambut abang-abang pulang sekolah bikin netizen cair

Riaksi kanak-kanak berlari teruja sambut abang-abang pulang sekolah bikin netizen cair

Riaksi kanak-kanak berlari teruja sambut abang-abang pulang sekolah bikin netizen cair.Pulang dari waktu yang memenatkan di sekolah atau tempat kerja adalah suatu perasaan yang melegakan, lebih-lebih lagi jika ada orang tersayang yang menunggu di rumah untuk menyambut kepulangan kita dengan bersemangat.

Itulah yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular ini di mana seorang kanak-kanak perempuan berlari untuk sambut tiga orang abangnya yang baru pulang dari sekolah, membuat ramai penonton cair.

Dalam klip yang telah meraih 1.4 juta tontonan di Twitter, seorang kanak-kanak kecil dilihat cuba berlari dengan terumbang-ambing di kaki lima jalan untuk sambut tiga budak lelaki yang baru pulang dari sekolah.

Sebaik kanak-kanak itu melihat abang-abangnya, dia menjerit girang dan mendapat reaksi yang sama dari abang-abangnya yang turut gembira melihat dia berlari ke arah mereka.

Mereka kemudian berlari untuk bertemu dengan adik perempuan mereka yang bernama Emmy itu sebelum 4 beradik tersebut berpelukan di tepi jalan, membuat ramai cair.

Ibu mereka Brittany yang berkongsikan video berkenaan berkata situasi itu berlaku setiap hari namun mereka tidak pernah jemu.

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/2021/09/14/aksi-kanak-kanak-berlari-teruja-sambut-abang-abang-pulang-sekolah-bikin-netizen-cair/

BACA: (Video) Abang Polis Menangis Hiba, Dapat Tahu Mak & Ayah Terpaksa Ditidurkan Kerana COVID-19

COMMENTS