Restoran saji hidangan daging buaya di Bentong diserbu

Restoran saji hidangan daging buaya di Bentong diserbu. Tular satu restoran makanan di bentong menyajikan makanan exsotik daging buaya seludup pada harga mencecah ratusan ringgit .

Memetik laporan Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kejayaan rampasan itu adalah hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan 14 anggota Jabatan Perhilitan dan anggota Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Pahang di premis itu kelmarin.

Hasil daripada pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui empat bungkus disyaki berisi daging buaya di dalam peti sejuk di premis itu.

“Pemilik premis berusia 48 tahun gagal menunjukkan sebarang lesen sah memiliki daging haiwan dilindungi itu dari Jabatan Perhilitan.

“Individu terbabit didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Susulan itu semua daging buaya itu dirampas untuk tindakan lanjut.” katanya.

Restoran saji hidangan daging buaya di Bentong diserbu

Sementara itu dalam satu lagi kes berasingan, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan dan merampas dua senjata senapang angin buatan sendiri di Bera, Pahang.

Kadir berkata, rampasan itu dilakukan hasil rondaan OBK membabitkan anggota Perhilitan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli (Vetoa).

“Turut dijumpai bersama suspek ialah dua laras senapang angin dan satu bilah pisau. Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Triang, Pahang dan semua suspek serta barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu dalam satu lagi serbuan di ladang sawit di Mersing, Johor, Khamis lalu, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan sebelum merampas bahagian badan hidupan liar disyaki babi bodoh yang sudah dilapah.

“Turut dirampas adalah bahagian kepala hidupan liar disyaki babi bodoh itu. Semua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran daripada Jabatan Perhilitan untuk menyimpan bahagian hidupan liar berkenaan.

Barang kes yang disita kemudian dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Mersing untuk tindakan lanjut,” katanya.

BACA:

Bayi 14 bulan mati ditinggalkan dalam kereta, terlupa hantar nursery

KWSP : Pengeluaran khas dibenarkan, ini syarat dan cara memohon

Terkini !!! ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah