Restoran Mewah Salt Bae berada di kedudukan tercorot di london

Restoran Mewah Salt Bae  berada di kedudukan tercorot di london

Restoran Salt Bae berada di kedudukan tercorot di london.Sebuah restoran milik Salt Bae di London berada dalam kedudukan antara tercorot dalam senarai laman web pelancongan popular, TripAdvisor meskipun premis tersebut merupakan restoran kedua termahal di dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Restoran stik Nusr-Et yang terletak di Knightsbridge itu berada pada kedudukan ke 20,491 daripada 23,811 restoran di London. Penarafan yang diterima restoran berkenaan adalah dua daripada lima bintang.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce mempunyai rangkaian restoran stik yang menawarkan pelbagai menu pada harga mahal, manakala pendapat pelanggan mengenai hidangannya adalah berbeza.

Ada antara pelanggan yang memuji premis di London itu sebagai berbaloi, namun sesetengah mereka menyifatkannya sebagai satu bentuk ‘penghinaan terhadap manusia’.

“Makanannya amat teruk, perkhidmatannya teruk dan saya membelanjakan lebih £1800 (RM10,052) untuk tiga orang. Kualiti makanan di sini amat teruk, daging berbau serta kuantiti hidangan adalah sedikit.

“Lebih baik saya membelanjakan wang sebanyak £50 (RM279) untuk makan di restoran tempatan lain. Saya tidak akan sesekali datang ke sini lagi. Ia adalah perangkap maut,” tulis seorang pelanggan.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan berkata, cawangan restoran Nusr-Et di Istanbul adalah lebih baik berbanding London.

“Di sini, kualiti dagingnya teruk dan terlalu banyak garam. Makanannya juga tidak sedap. Pekerjanya juga biadap serta peraturan had masa yang dikenakan adalah tidak wajar. Dia (Salt Bae) perlu menutup restoran ini sebelum ia merosakkan reputasinya,” ujar pelanggan tersebut.

 

Baca :Ini punca seorang pelajar lelaki dibuli dalam kejadian di MRSM

COMMENTS