Restoran di Sg Buloh ‘bela’ tikus dan lipas sebagai pelaris? Ini jawapannya kepada JKN

Restoran di Sg Buloh ‘bela’ tikus dan lipas sebagai pelaris? Ini jawapannya kepada JKN. Sebuah restoran di Sungai Buloh, Selangor mendapat perhatian orang ramai selepas menjadi ‘sarang’ haiwan perosak seperti tikus dan juga lipas sekaligus mencetus pelbagai reaksi netizen kerana tidak menjaga kebersihan premis.

Diserbu ketika operasi

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor melakukan operasi ke atas 180 buah restoran bagi membendung sikap segelintir pemilik dan pekerja premis yang mengabaikan aspek kebersihan dalam menyediakan makanan.

Walau bagaimanapun, pemilik premis berkenaan dilihat bersahaja dan memberi pelbagai alasan semasa pemeriksaan dilakukan oleh pegawai kesihatan. Beberapa ekor tikus dan lipas berjaya dijumpai berkeliaran di sekitar dapur dan jag air gula yang digunakan.

Aah, memang ada dalam tu. Tu yang tak pakai dah, nak buang.

Restoran di Sg Buloh 'bela' tikus dan lipas sebagai pelaris? Ini jawapannya kepada JKN

Sampah dibiarkan dekat dengan tempat memasak

Bukan itu sahaja, longgokan plastik sampah yang dipercayai berisi sisa makanan turut dibiarkan sehingga mengalir air sampah berdekatan dengan tempat memasak menyebabkan pegawai kesihatan dan wartawan yang sedang melakukan operasi tersebut terkejut.

Memang kita akan biarkan je kat sini seharian. Nanti bila dah sampai masa penutupan kedai, kita letak satu tempat dan akan buang terus semua sekali.

Menurut pegawai kesihatan yang bertugas itu, keadaan dapur yang kotor dan juga lantai yang licin sehingga menjadi tempat takungan air menyebabkan premis mereka menjadi tumpuan haiwan perosak LILATI (lipas, lalat dan tikus) untuk mendapatkan makanan.

Video

@tunhizamihashim Restoran Sarang Tikus & Lipas #999tv3 #jenayahmembawapadah ♬ original sound – Tun Hizami Hashim (999 TV3)

BACA:

Bosan asyik makan lauk yang sama? Ini rahsia buat nasi goreng ‘konfem’ sedap

Penat diejek anak ikut perangai buruk orang tuanya, sekali ibu ini bersuara..

Order brownies untuk majlis perkahwinan, sekali buka kotak ini yang terjadi