Rentas negeri hanya dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri? Ini alasannya….

Rentas negeri hanya dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri? Ini alasannya….

Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang mula dilaksanakan sejak 13 Januari lalu sudah pun ditukarkan statusnya kepada PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan, rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan.

BACA: Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelaksanaan PKP 2.0 Bermula 13 Januari Ini

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam sebelum memuktamadkan masa yang sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri.

Penjawat Awam Palsukan Surat kebenaran Rentas Negeri

Dan ini termasuklah cadangan supaya rentas negeri hanya dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri iaitu selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

Sebelum ini, Dr Adham Baba memaklumkan jika enam petunjuk di bawah dipenuhi maka rentas boleh dipertimbangkan:

situasi kes positif harian
kes sembuh dan discaj
trend dan kadar kebolehjangkitan
kadar jumlah kematian
keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU)
situasi semasa petugas kesihatan

Sumber:https://odisi.my/2021/03/24864/?fbclid=IwAR3reOOM2dhmc0SAe9RnL1oNhOwI4zrChzcxTUDWAB_tfQX3ZBCoQt6_kkg

COMMENTS