Renggo Arrow akhiri zaman dudaKo

Renggo Arrow akhiri zaman dudaKo

Renggo Arrow akhiri zaman duda. Penyanyi Renggo Arrow, 52, mengesahkan sudah berkahwin buat kali ketiga selepas melangsungkan pernikahan dengan Hairoliza Hanafi, 44, pada 22 September lalu di Masjid Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan.

Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli berkata, dia mengenali Hairoliza yang berasal dari Kuching, Sarawak selama beberapa bulan sebelum mengambil keputusan berkahwin.

“Kami hanya kenal melalui alam maya saja sebelum ini. Hairoliza yang juga peminat kumpulan Arrow sering bertanya khabar kesihatan saya yang kerap keluar masuk hospital kerana masalah jantung bengkak dan berair pada 1 April lalu.

Dia juga banyak beri sokongan moral sepanjang menghadapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu. Kami rajin bertukar-tukar pendapat. Selepas lima bulan berkenalan, kami terus ke fasa seterusnya di mana dalam masa sebulan itu saya cuba mengenali hati budinya lagi.

“Sepanjang perkenalan, tiba-tiba hati saya terdetik mungkin ini jodoh saya. Ada juga saya mengusik dia, kalau setuju nak nikah datanglah Kelantan,” katanya kepada Harian Metro.

Renggo

Menurutnya, dia tidak menyangka Hairoliza betul-betul datang dan serius mahu berkahwin dengannya. “Selepas itu, saya uruskan segala-galanya urusan perkahwinan dan kini kami sudah selamat bergelar suami isteri,” katanya.

Renggo sebelum ini pernah berkahwin dengan wanita Thailand dan dikurniakan dua anak, manakala perkahwinan keduanya dikurniakan lima anak.

Hairoliza pula belum pernah mendirikan rumah tangga disebabkan komitmen bekerja.

Renggo kini menguruskan kedai makan dan kini menetap di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh.

Dia tertarik dengan Hairoliza kerana mempunyai ciri-ciri yang diinginkan pada seorang wanita.

“Saya yakin dia jujur dan merendah diri orangnya. Saya memang suka dengan wanita sebegini. Isteri saya seorang yang kelakar dan ada nakalnya. Saya memang impikan isteri yang menghiburkan, bukannya yang senyap atau pendiam serta membosankan,” katanya.

Hairoliza pula mengakui dirinya peminat Arrow dan Renggo sejak sekian lama serta sudah lama cuba menjejaki Renggo di Facebook.

“Mungkin sudah jodoh, akhirnya saya berjaya menjejaki Facebook Renggo tahun ini,” katanya yang bekerja di Perbadanan Pembangunan Perumahan di Kuching.

Renggo yang pernah menyertai Kilauan Emas 4 pada 2014 dan mendapat tempat kedua pernah mengenali beberapa wanita lain, namun tiada jodoh untuk berkahwin.

Dia yang mendapat restu anak-anak berharap perkahwinan ini adalah kali terakhir buat dirinya dan kekal hingga ke akhir hayatnya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/10/761359/renggo-arrow-kahwin-kali-ketiga

BACA: Bekas pak guard bunuh kekasih dihukum gantung

COMMENTS