Remaja berusia 13 tahun dicabul bapa tirinya

Remaja berusia 13 tahun dicabul bapa tirinya

Remaja berusia 13 tahun dicabul bapa tirinya.Remaja berusia 13 tahun dicabul bapa tirinya di sebuah tanah rancangan FELDA di daerah ini, sejak April lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 24 tahun kerap mencabul mangsa ketika berada di rumah, dan kali terakhir kejadian berlaku pertengahan September lalu.

“Suspek turut meminta mangsa merahsiakan perkara itu.

“Bagaimanapun, mangsa membuat laporan polis pada Selasa lalu sebelum suspek kemudian ditangkap bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Hoo berkata, mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, hasil siasatan awal polis, suspek mengaku mencabul mangsa dan semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod dadah.

“Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak – Kanak 2017,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/760996/remaja-dicabul-bapa-tiri

BACA: wanita nekad berpisah, Kekasih kentut depan muka

COMMENTS