Remaja 17 Tahun Didakwa Cuba Rogol Jirannya Nenek 71 Tahun

Remaja 17 Tahun Didakwa Cuba Rogol Jirannya Nenek 71 Tahun

Remaja 17 Tahun Didakwa Cuba Rogol Jirannya Nenek 71 Tahun.Seorang remaja 17 tahun didakwa cuba merogol seorang nenek berusia 71 tahun dalam satu kejadian pada waktu tengah hari di Kudus, Jawa Tengah baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali sebagai D (bukan nama sebenar) berkata, kejadian itu berlaku semasa dia sedang tidur berseorangan di rumah ketika anak lelakinya pergi ke masjid untuk Solat Jumaat.

“Saya sedang tidur, tapi seluar saya terlondeh. Saya dah naikkan, ia terlondeh lagi. Bila terjaga baru perasan dia ada di situ (untuk cubaan merogol),” dakwa mangsa, memetik laporan Merdeka.

Tahun

Menyedari diri hampir dirogol, mangsa menghalau remaja itu keluar dari rumahnya, bagaimanapun lelaki itu tidak pergi jauh dan kembali semula ke dalam bilik untuk menindihnya.

“Belum sempat dibuat apa-apa. Saya dah cuba lawan, dah cuba menjerit. Tapi takda siapa pun jiran yang dengar,” luahnya.

Bagaimanapun cubaan rogol itu akhirnya terhenti setelah mangsa cuba menjerit meminta pertolongan hingga membuatkan remaja itu tekad melarikan diri.

Dakwa mangsa, remaja itu pada asalnya seorang yang berkelakuan baik hingga pernah dianggap bagai cucu sendiri, malah rumah mereka juga masing-masing saling berhampiran.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Polis Jati, Aiptu Jansen mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kes cubaan merogol daripada mangsa.

Mangsa diminta untuk menjalani pemeriksaan alat sulit di hospital bagi mengesan sebarang kesan akibat cubaan rogol tersebut sebelum siasatan polis dijalankan

Sumber: siakapkeli.my

BACA: Wajah penyanyi sebenar lagu Squid Game didedahkan

COMMENTS