Reaksi Pekerja Pizza Hut Bersabar Dengan Pertanyaan Pelanggan Raih Perhatian Netizen

Reaksi Pekerja Pizza Hut Bersabar Dengan Pertanyaan Pelanggan Raih Perhatian Netizen

Reaksi Pekerja Pizza Hut Bersabar Dengan Pertanyaan Pelanggan Raih Perhatian Netizen.‘Customer always right’ itulah ungkapan yang selalu kita dengarkan. Sudah pasti, ada segelintir individu yang sentiasa berasa diri mereka betul sebagai seorang pelanggan tanpa berfikir dahulu.

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi seorang pelanggan merakam pekerja di Pizza Hut apabila tidak puas hati kerana tidak dapat membeli pizza yang dia mahu.

Menerusi video tersebut, wanita terbabit bertanya berulang kali kenapa restoran Pizza Hut tidak dapat mengambil pesanannya. Malah, pekerja Pizza Hut tersebut telah menerangkan bahawa ketuhar rosak menyebabkan restoran Pizza Hut itu tidak dapat menyediakan dan mengambil pesanan pelanggan itu.

Reaksi

Situasi tegang dapat dilihat apabila pekerja Pizza Hut tersebut kelihatan sudah hilang sabar menjawab soalan sama berulang kali daripada pelanggan itu. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengecam tindakan pelanggan tersebut yang tidak faham bahasa.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji sikap pekerja Pizza Hut yang cuba bersabar dan professional menjawab soalan daripada pelanggan tersebut. Malah, rata-rata netizen juga mengatakan bukan senang untuk bersabar apabila soalan sama ditanya berkali-kali dan jawapan turut telah diberikan.

Sumber: https://www.thevocket.com/semalam-bila-rosak-reaksi-pekerja-pizza-hut-bersabar-dengan-pertanyaan-pelanggan-raih-perhatian-netizen/

BACA: Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka

COMMENTS