Ramai Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan, Ini Jawapan AirAsia

Ramai Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan, Ini Jawapan AirAsia

Ramai Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan, Ini Jawapan AirAsia Group.Nampaknya masih ramai yang masih belum menerima bayaran balik tiket penerbangan selepas ia terpaksa dibatalkan ekoran penyebaran wabak Covid-19.

AirAsia Group Bhd dalam satu kenyataan memahami tuntutan pelanggan mereka tetapi memaklumkan ia mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan. Mereka turut membandingkan dengan pengendali penerbangan yang lain yang turut menghadapi nasib yang sama kerana terjejas teruk.

Kumpulan telah menyelesaikan lebih 80 peratus pertanyaan pelanggan ketika tempoh pandemik dan kekal komited untuk menyelesaikan semua baki tunggakan.

Pelanggan digalakkan menerima kredit yang akan disediakan dalam tempoh 24 jam, yang mana sah untuk penerbangan akan datang.

Refund

Pihak AirAsia juga memutuskan untuk melanjutkan tempoh sah kredit sehingga tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan memandangkan pandemik masih aktif.

Sebelum ini, tersebar di Twitter keluhan pelanggan yang kecewa dengan kelewatan proses bayaran balik kredit seperti yang dijanjikan.

Bagaimanapun, untuk pengetahuan sejak April lalu sebanyak 1.5 juta pelanggan AirAsia telah menerima bayaran balik. Sebanyak 2.9 juta pelanggan lagi bersetuju untuk diberikan sistem kredit untuk digunakan jika keadaan kembali pulih.

Pada waktu ini, boleh dikatakan semua pihak sedang cuba bertahan dan cuba melakukan yang terbaik terutama mereka yang melakukan perniagaan sendiri. Apapun, marilah kita sama-sama harapkan agar pandemik ini berakhir.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/ramai-minta-refund-tiket-penerbangan-ini-jawapan-airasia-group/

BACA: Puncak gunung Kebnekaise kehilangan ketinggian sebanyak 2 meter

COMMENTS