Ramai kongsi trend tidur dalam kereta bantal tutup muka, rupanya sebab ini…

Ramai kongsi trend tidur dalam kereta bantal tutup muka, rupanya sebab ini… Tindakan selebriti popular, Neelofa berkongsi sekeping foto anaknya Muhammad Bilal di laman Instagram baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi pengikutnya.

Menerusi foto tersebut, kelihatan bayi berusia enam bulan itu sedang nyenyak tidur atas ‘car seat’ di dalam kereta sambil matanya ditutupi sebuah bantal kecil.

“ps: bantal busuk favorite dia tu, tutup mata tengah tidur (bukan tutup hidung ye).
“Anakku Muhammad Bilal genap 6 bulan hari ni. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya & suami setiap kali bercakap tentang anak soleh ni.
“Moga sentiasa dalam lindungan & jagaan Allah SWT. Semoga semua anak2 kecil di luar sana juga sentiasa dalam kebaikan dan perlindungan Allah ya Hafidz ya Muhaimin,” tulis selebriti berusia 33 tahun itu.

Foto comel berkenaan tular di beberapa platform lain sehingga meraih pujian netizen, namun terdapat juga segelintir individu mengecam Neelofa kerana masih tidak mendedahkan wajah anaknya.

Malah, beberapa pengguna media sosial didakwa seperti memberi sindiran dengan menghasilkan parodi tidur di dalam kereta sambil meletakkan bantal leher pada bahagian mata.

Ramai kongsi trend tidur dalam kereta bantal tutup muka, rupanya sebab ini...

Seorang pengguna laman Facebook, Khairul Faizie memuat naik fotonya seperti gaya tidur Bilal dengan mengatakan dia akan mencecah usia 44 tahun dalam tempoh enam bulan lagi.

“Tidur, bukan tutup hidung tauuu.. 6 bulan. Lagi 6 bulan InsyaAllah genap 44 tahun,” tulisnya yang mempunyai 28,794 pengikut di Facebook.
Begitu juga dengan seorang pengguna aplikasi TikTok, @apanmalek yang berkongsi video memaparkan gaya tidur sama selain meluahkan kesyukuran akan menjengah usia 32 tahun dalam masa enam bulan.

“Allhamdullilah, genap enam bulan lagi saya cukup 32 tahun,” tulis @apanmalek.
Meninjau ke ruangan komen, kedua-dua posting parodi itu membuatkan rata-rata netizen terhibur sekali gus mengaitkan persoalan bilakah Neelofa akan mendedahkan wajah Bilal kepada umum.

@apanmalek Allhamdullilah, genap 6bulan lagi saya cukup 32tahun #fypシ ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

BACA:

Anis Nabilah mahu masak rendang untuk Queen Elizabeth II, ini yang terjadi…

Buaya pra-sejarah rupanya masih hidup di perairan negara kita

Jawatan kosong di Universiti Malaya, ini syarat dan cara mohon