Ramai kagum lihat video cikgu ini mengajar, “Saya bagi 10 bintang”

Ramai kagum lihat video cikgu ini mengajar, “Saya bagi 10 bintang”. 10 bintang diberi untuk semangat dan kesungguhan mengajar seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah ini. Itu antara respon warganet.

Gaya mengajar guru wanita yang kreatif dan bertenaga dan dikongsi di TikTok beliau mengundang kekaguman orang ramai.

Dalam masa sama, ada yang ‘terkilan’ kerana mereka semasa di bangku sekolah dahulu tidak mempunyai guru bersemangat seperti wanita berkenaan.

Ramai kagum lihat video cikgu ini mengajar, "Saya bagi 10 bintang"

“Teacher yang paling best ni. Kenapa saya dulu tak diajar dengan cara ni,” kata seorang netizen.

Guru yang juga TikTokers yang menggunakan nama Nana Dayana itu memang popular dengan mempunyai lebih 330,000 pengikut selain disukai 9 juta pengguna TikTok.

Melihatkan tenaga maksimum guru itu, ada yang berpendapat mungkin beliau akan terlalu penat kerana dalam sehari bukan sebuah bilik darjah sahaja yang perlu ditanganinya.

Namun, ada warganet yang menolak tanggapan tersebut sebaliknya menyifatkan guru itu lebih puas dan gembira ditambah dengan murid yang cerdik dan baik mendengar kata.

@nanadayana.11 Replying to @bosan429 terlompat lompatt nak buat the babies fahamm 😂♥️ #teacher #days #year1 ♬ Baby Song – Lullaby player

BACA:

Tetap lancar lagu dangdut dengan Baby Shima, Aliff Syukri jelaskan sebabnya

Pelajar terkilan tidak tahu selama ini pensyarah mereka tinggal dalam khemah

Aktif bersenam di Gym, netizen perasan perubahan pada Zizie Izette