Ramai dakwa kena pukau di ’roundabout’ ini, katanya di Putrajaya

Ramai dakwa kena pukau di ’roundabout’ ini, katanya di Putrajaya. Bulatan Putrajaya berhantu? Ramai dakwa kena pukau lalu tempat sama. Seperti yang semua sudah sedia maklum, Putrajaya merupakan satu tempat yang mempunyai destinasi-destinasi menarik untuk dikunjungi. Antara yang menjadi tumpuan dunia adalah bulatan Putrajaya itu sendiri yang dikatakan adalah yang paling besar di dunia. Percaya atau tidak, disebabkan terlalu besar, ada yang sampai ‘tidak terasa’ langsung seperti sedang mengelilingi bulatan.

Walau bagaimanapun, ada cabaran juga apabila bergerak di bulatan ini. Antaranya ialah sekiranya terlepas simpang, sudah pasti perlu membuat satu pusingan penuh untuk kembali ke persimpangan berkenaan. Bulatan yang berukuran diameter 3.5 kilometer ini merupakan akses bagi pengguna untuk mengunjungi pelbagai tempat seperti Dataran Putrajaya, pejabat-pejabat kementerian dan banyak lagi.

Suasana di malam hari juga tidak menentu. Ada kalanya riuh dengan kehadiran ramai pengunjung dan ketika lewat malam, keadaan jalan agak sunyi seperti hanya korang yang berada di atas bulatan tersebut. Namun jangan tidak sangka, ada juga yang bagaikan ‘dipukau’ ketika melalui bulatan tersebut kerana mereka mendakwa telah melalui tempat yang sama berulang kali.

Ramai dakwa kena pukau di 'roundabout' ini, katanya di Putrajaya

Bukanlah terpukau

Perkara tersebut sudah pastinya mendatangkan rasa cemas kepada orang ramai, terutamanya yang sering menggunakan laluan tersebut. Tapi kan bila selidik balik, rupa-rupanya mereka bukanlah dipukau, tapi tak sedar yang mereka sebenarnya telah pun membuat beberapa pusingan di bulatan tersebut.

Ada juga yang menyatakan bahawa kalau melalui bulatan besar tu, janganlah sampai terlepas simpang sebab nanti korang terpaksa kena pusing jauh untuk patah balik ke simpang tu semula. Hah barulah tak seram.

BACA:

Sindiket dadah antarabangsa bunuh ahli yang khianat

Gambar bercuti Fizo Omar meriah dengan komen tentang OctaFX

Berhajat melancong ke luar negara? Ini tips penting untuk korang tahu cara guna atm di luar negara