Rakyat amat puas hati dengan kerajaan PN, dakwa Timb Menteri Pas

Rakyat amat puas hati dengan kerajaan PN, dakwa Timb Menteri Pas

Ketika banyak kritikan dilemparkan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 lain pula pendapat wakil rakyat Pas.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menganggap rakyat sangat berpuas hati dengan pencapaian PN mentadbir negara ketika dilanda gelombang Covid-19.

Menurutnya, Pas mempertahankan kerajaan PN yang dibentuk bersama Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai kerajaan yang kukuh dan diterima baik rakyat.

Sebaliknya, kata Setiausaha Pas Kelantan itu, sikap segelintir pemimpin telah menyebabkan politik pada masa ini berdepan situasi tidak menentu.

“Sebenarnya, rakyat tidak meluat terhadap kerajaan. Kerana, rakyat sangat berpuas hati dengan prestasi kerajaan mentadbir negara di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini,” dipetik Astro Awani.

Dia yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan lndustri Makanan II berkata, kerajaan masih mempunyai wang untuk membantu rakyat walaupun berlaku perubahan kerajaan dan aktiviti ekonomi terhenti sejak Mac lalu.

Walhal, ujarnya, sebelum ini rakyat diberikan gambaran bahawa negara tidak mempunyai sumber kewangan.

Sehubungan itu, rakyat, dakwa Che Abdullah rasa meluat dengan langkah yang dianggapnya sebagai ‘politik panas’ pada masa ini.

“Ini menyebabkan rakyat lega dengan pertukaran kerajaan. Tetapi, apabila ada usaha hendak melahirkan politik panas, ini yang membuatkan rakyat rasa meluat,” katanya.

Dia juga mengakui kesal kerana segelintir ahli politik masih mahu berpolitik, walaupun sudah ditegur Yang di-Pertuan Agong.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/mp-pas-anggap-rakyat-puas-hati-prestasi-kerajaan-di-tengah-covid-19/

COMMENTS