Rakam jiran wanita bergelek pula, Shuk Sahar kena ‘hentam’ dengan netizen

Rakam jiran wanita bergelek pula, Shuk Sahar kena ‘hentam’ dengan netizen. Pelawak Shuk Sahar sentiasa menjadi bualan netizen selepas kontroversi yang melibatkan rumah tangganya sebelum ini. Bahkan selepas isu curang heboh diperkatakan, pasti ada sahaja yang dilakukan oleh pelawak ini menjadi perhatian netizen.

Macam yang terbaru ini, Shuk Sahar sekali lagi menerima kritikan netizen apabila dia berkongsikan rakaman seorang wanita yang tidak dikenalinya ini. Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang wanita yang sedang bergelek sakan sambil merakamkannya di telefon.

Dalam masa yang sama, Shuk telah merakamkan gelagat wanita itu dalam diam dan memuat naik video tersebut di akaun Tik Tok miliknya. Di ruangan kapsyen, Shuk turut bertanyakan apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh wanita tersebut.

Rakam jiran wanita bergelek pula, Shuk Sahar kena 'hentam' dengan netizen

Perkongsian yang dimuat naiknya ini kemudian menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang mempersoalkan tindakan Shuk yang mengganggu privasi wanita itu yang hanya menari di balkoni rumahnya sendiri. Memandangkan kejadian tersebut berlaku di dalam kawasan rumah wanita terbabit yang merupakan ruang peribadinya.

Meninjau di ruangan komen, video tersebut turut menimbulkan rasa tidak puas hati netizen apabila pelawak itu selamba memuat naik rakaman itu tanpa kebenaran wanita tersebut. Oleh kerana statusnya sebagai seorang selebriti, pastinya video tersebut akan menerima tontonan ramai dan tersebar meluas. Setakat ini, video yang dimuat naik itu telah menerima lebih sejuta tontonan.

BACA:

Projek Musang King diteruskan – MB Kedah

Zamri Vinoth dihadapkan ke mahkamah kerana cederakan dan ugut wanita