Raih pendapatan RM300 ribu hanya dengan selongkar sampah

Raih pendapatan RM300 ribu hanya dengan selongkar sampah. Seorang ibu kepada empat orang anak meraih pendapatan lebih RM300,000 (AS$80,000) dalam tempoh dua tahun dengan hasil jualan barangan yang dibuang ke dalam tong sampah.

Tiffany Butler, 32, dari Aubrey, Texas menghabiskan masa kira-kira enam jam sehari menyelongkar tong sampah milik kedai jenama mewah, lapor Daily Mail.

Wanita itu memberitahu menemukan pelbagai barangan terbuang antaranya kosmetik jenama mewah, perabot dan almari antik yang bernilai AS$3,000 (RM12,651).

Bahkan, ujarnya, dia tidak perlu lagi membeli alat solek mahupun produk kebersihan untuk keluarganya sejak tahun 2020.

Dia juga dapat mengumpulkan berkotak-kotak buku tidak terpakai yang boleh dijualnya hasil menyelongkar tempat pembuangan sampah di luar kedai buku Barnes and Noble.

Raih pendapatan RM300 ribu hanya dengan selongkar sampah

Tiffany juga mengakui menghiasi seluruh rumahnya dengan barang-barang dijumpai dalam tong sampah termasuk katil kanak-kanak.

Susulan hasil lumayan diperolehnya, dia menubuhkan perniagaan sendiri dengan menjual semula barangan terbuang tong sampah termasuk pembersih hampagas, fon kepala, cincin, rantai dan juga makanan anjing.

Tiffany turut mempunyai gudang sendiri untuk menyimpan semua barangan yang diselongkar dalam tong sampah.

Dia juga mendokumenkan penemuan barangan yang ditemukannya di tong sampah melalui media sosial.

Malah, wanita itu mempunyai laman sesawang sendiri, DumpsterDivingMama yang menjadi platform untuk dia menjual semua barangan terbuang dari tong sampah.

Tiffany menyifatkan pasangannya Daniel dan empat anaknya – Kaylee, 18; Mia, 10; Blake, sembilan; Ruxton, lapan – kesemuanya menyokong usahanya.

BACA:

Berbuka hanya dengan daun bawang goreng dan garam, ibu tunggal raih simpati masyarakat

Syed Saddiq mohon maaf kepada Yasin Sulaiman

Dua Individu tanpa seurat benang dilihat berjalan di Kuala Terengganu