Putrajaya, KL, Selangor beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat

Putrajaya, KL, Selangor beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat

Putrajaya, KL beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat. Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim mengumumkan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat ini.

Pengumuman itu menyusul kurang seminggu selepas Shahidan menekankan penurunan kes Covid-19 dan kadar tinggi vaksinasi di Wilayah Persekutuan.

Beliau turut memaklumkan aktiviti pelancongan di Labuan akan dibuka semula menerusi program gelembung pelancongan mulai 16 Sept ini seperti Langkawi.

Beliau mengingatkan rakyat supaya terus mematuhi SOP selepas kelonggaran diberikan.

Shaidan berkata demikian selepas meninjau tapak dan hasil pertanian kebun bandar Hijrah Warrior di Taman Desa, Kuala Lumpur.

Hijrah Warrior adalah gelandangan di sekitar Kuala Lumpur yang diselamatkan pihak berkuasa semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada tahun lalu.

Shahidan berkata, Hijrah Warrior Mart akan dilancarkan pada 1 Okt ini untuk memasarkan hasil pertanian dari Hiliran Anjung Kelana yang diusahakan gelandangan.

“Gerai pertama akan dibuka di Teratak Muhibbah 1, Taman Desa. Ia akan beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam.

“Seramai empat gelandangan akan bekerja mengikut syif (dua orang setiap syif) dengan gaji minimum RM1,200 dan turut disediakan tempat penginapan percuma.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/08/kl-putrajaya-beralih-fasa-2-ppn-mulai-jumaat/

BACA: Puncak gunung Kebnekaise kehilangan ketinggian sebanyak 2 meter

COMMENTS