Puting beliung dipenuhi nyamuk, fenomena yang menggerunkan

Puting beliung dipenuhi nyamuk, fenomena yang menggerunkan. Fenomena jutaan nyamuk berterbangan di udara hingga membentuk formasi seakan puting beliung nyamuk di ruang udara.

Memetik laporan kejadian iyu berlaku selepas penduduk Buenos Aires dilaporkan akan berdepan serangan nyamuk besar-besaran.

Menurut Juan Jose Garcia yang merupakan penyelidik di Pusat Parasitologi dan Kajian Vektor (CEPAVE) berkata, banjir yang disebabkan hujan lebat telah meninggalkan banyak kolam air bertakung di mana nyamuk-nya­muk betina bertelur.

“Situasi ini mengakibatkan kemunculan ‘sejumlah besar’ serangga itu yang ‘menyerang bandar’.

“Meskipun jumlah nyamuk meningkat mendadak, serangga itu tidak menimbulkan ancaman kepada manusia tetapi berpotensi menjejaskan aktiviti pertanian,” tambahnya lagi.

Puting beliung dipenuhi nyamuk, fenomena yang menggerunkan

Para pendudk juga diminta untuk bertenang selama lebih kurang 15 hari akan datang dan tidak panik sehingga situasi menjadi reda.

Terdapat beberapa penduduk yang mahukan pihak berkuasa melakukan teknik pengasapan atau ‘fogging’ terhadap nyamuk-nyamuk tersebut, tetapi kaedah itu tidak berkesan kerana hanya berupaya membunuh sebilangan kecil daripada nyamuk-nyamuk terbabit.

BACA:

Restoran saji hidangan daging buaya di Bentong diserbu

Bayi 14 bulan mati ditinggalkan dalam kereta, terlupa hantar nursery

KWSP : Pengeluaran khas dibenarkan, ini syarat dan cara memohon