Puteri Sarah tetap dengan pendirian failkan penceraian

Puteri Sarah tetap dengan pendirian failkan penceraian. Isteri pertama pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Walaupun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengannya, namun Puteri Sarah menganggap mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah.

“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kenyataan Syamsul dalam laporan muka depan Harian Metro hari ini, Puteri Sarah mengaku segala persoalan sudah dijawab sebelum ini.

Puteri Sarah tetap dengan pendirian failkan penceraian

“Semua dah dijawab,” katanya.

Terdahulu, dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.

Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

BACA:

Puteri Sarah minta Syamsul Yusof ‘lepaskan’ dirinya

Ira Kazar jelaskan perkara buat ramai terkejut, “Jangan salah orang”