Puteri Sarah jumpa Rossa Sera, siap offer lawyer

Puteri Sarah jumpa Rossa Sera, siap offer lawyer. Pelakon, Puteri Sarah dilihat membuat perkongsian bersama peminat ketika pertemuan kali pertamanya bersama usahawan yang juga isteri kepada pelawak, Shuk Sahar, iaitu Rossa Sera yang menjadi perhatian ramai selepas Shuk dikatakan berlaku curang bersama wanita lain.

“Kesian Dia..”
Menerusi hantaran di Instagram Puteri Sarah yang dilihat memuat naik video dia dan Rossa Serra menyatakan bahawa dia dapat melihat Rossa Serra seorang yang vulnerable dan mempunyai anxiety ketika pertama kali bertemu.

“Pertama kali berjumpa @rossa sera. Selama ni saya hanya baca dari media sosial sahaja. Bila jumpa secara bersemuka, saya dapat melihat bahawa dia sangat vulnerable dan dia dia mempunyai anxiety. Kesian dia.”-Tulis Puteri Sarah

Boleh Berikan Khidmat Peguam
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberitahu bahawa dia dapat memberikan bantuan khidmat peguam buat Rossa Sera jika diperlukan.

“@rossa.sera kalau nak pakai lawyer i bagitau 😬.”-Tulis Puteri Sarah

Puteri Sarah jumpa Rossa Sera, siap offer lawyer

Pelbagai Reaksi Netizen

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka malah ada yang menitipkan doa buat Puteri Sarah dan Rossa Sera agar sentiasa kuat.

“Stay strong both of you.”

“Moga Allah tabahkan hati buat 2 insan ni. Moga terus kuat, tawakal, dan sabar. Perjuangkan hak wanita.”

“Sangat nampak anxiety dia and she really needs someone to comfort her. Thats why dia susah nak lepaskan Shuk sebelum ni even Shuk banyak kali kantoi curang. And Shuk really takes advantages on her.”

“Aku lak nangis nengok korang saling memandang camtu.”

“Stay strong sis, Allah tengah persiapkan yang terbaik untuk kamu berdua.”

Dua wanita hebat. Sama-sama kita doakan agar mereka terus kuat hadapi ujian…

BACA:

Doktor saran Iqbal kahwin cepat, ini rupanya yang berlaku

“Beli buku RM9 pun tak mampu?” teguran guru tinggalkan memori luka

Dapatkan roadtax kereta percuma, ini syarat dan cara mohon