‘Push Start Button’ power ni, guna suis lampu jer

‘Push Start Button’ power ni, guna suis lampu jer. Biasanya kita dapat melihat ‘push start button‘ pada kenderaan terkini, khususnya, kereta. Jarang sekali kita melihat penggunaan ‘push start button’ di dalam van. Akan tetapi, seorang pengguna TikTok ini telah menyangkal kenyataan tersebut.

Asalnya, terdapat satu video di TikTok yang menunjukkan satu mesin basuh yang berfungsi dengan cara ‘manual’. Mesin basuh itu berfungsi dengan menekan ‘suis’ yang dipasang secara manual.

Selepas video itu tular di TikTok, seorang pengguna TikTok yang bernama Faeqs Azhar telah melakukan ‘stitch‘ terhadap video tersebut. Dia menunjukkan reaksi seolah dia mampu menandingi inovasi mesin basuh ‘manual’ tersebut.

Dalam videonya, dia telah menggapai kunci vannya dan menuju ke luar rumahnya. Setelah berada di luar rumah, dia pergi menuju ke sebuah van yang berwarna merah.

Setelah memasuki van merah tersebut, dia ‘cucuk’ kunci ke dalam lubang kunci van dan cuba menghidupkan enjinnya. Akan tetapi, tindakan itu tidak mendatangkan apa-apa hasil.

'Push Start Button' power ni, guna suis lampu jer

Dia tidak langsung gentar dan panik kerana rupa-rupanya, ada dua suis putih yang dipasang pada atas stereng van tersebut. Kotak suis yang tertera pelekat kelulusan SIRIM itu berfungsi sebagai ‘push start button’ untuk van tersebut.

Dia menghidupkan kedua-dua suis dan akhirnya engin dapat dihidupkan. Perkara ini telah menimbulkan rasa kagum dan teruja daripada warganet.

Siapa sangka suis yang bernilai RM5 ini boleh membantu kenderaan ini untuk terus berfungsi seperti biasa.

@faeqs_azhar #stitch with @ezraaletto ♬ original sound – faeqsazhar

BACA:

Tinggalkan 3 anak, pembantu am sekolah didakwa di mahkamah

Ifa raziah, Kak KM kena kecam lagi, kali ini bergelek sakan di majlis aqiqah

OPR bakal naik lagi September ini…