Puncak gunung Kebnekaise kehilangan ketinggian sebanyak 2 meter

Puncak gunung Kebnekaise kehilangan ketinggian sebanyak 2 meter

Puncak gunung Kebnekaise kehilangan ketinggian sebanyak 2 meter.KETINGGIAN puncak Gunung Kebnekaise di Sweden yang yang diseliputi glasier telah kehilangan ketinggian sebanyak 2 meter akibat pemanasan global.

Berdasarkan pengukuran terbaharu yang dilakukan oleh peneliti daripada Universiti Stockholm, puncak gunung itu sekarang hanya berada di ketinggian 2.094 meter di atas permukaan laut (mdpl).

Pada tahun 1968, gunung itu memiliki ketinggian 2.120 mdpl.

Menurut pengkaji, peningkatan tekanan udara akibat perubahan iklim menyebabkan lapisan ais di puncak semakin cair sejak beberapa dekad lalu.

gunung

“Variasi ketinggian adalah simbol yang ditunjukkan oleh glasier terhadap iklim yang semakin memanas di Sweden,” kata ahli glasiologi di Universiti Stockholm, Per Holmlund.

Sejak akhir 1990-an, data berkaitan penyusutan ketinggian Gunung Kebnekaise mula kelihatan.

Pada 1996, puncak selatan gunung itu pada awalnya memiliki ketinggian mencapai 2.118 mdpl, menurun menjadi 2.110 mdpl pada 1998.

Kemudian pada 2011, puncak gunung itu kembali mengalami penurunan hingga di bawah 2.100 mdpl.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/08/puncak-gunung-terancam-sebab-pemanasan-global/

BACA: Bekas kakitangan Jabatan Agama direman kes seleweng lebihan gaji

COMMENTS