Puad Zakarshi nak beli lukisan beruk, katak dewan rakyat dari Sultan Selangor

Puad Zakarshi nak beli lukisan beruk, katak dewan rakyat dari Sultan Selangor.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi sedia membeli lukisan orang utan dan katak di dalam Dewan Rakyat milik Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah jika baginda melelongnya suatu hari nanti.

Menurutnya, jika karya itu menjadi miliknya, ia tidak akan dijual lagi.

“Says akan hadiahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam,” katanya dalam hantaran di Facebook.

karya-beruk

Selasa lalu, Selangor Royal Office berkongsikan tentang sebuah karya senia yang memaparkan kaum beruk dan katak bersidang dalam Dewan Rakyat menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

”Sebaik melihatnya, baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di ‘private study room’ baginda.

“Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” katanya.

BACa:

Dua Individu tanpa seurat benang dilihat berjalan di Kuala Terengganu

Waktu berbuka puasa dah tiba, pengadil Bundesliga nekad hentikan perlawanan

Data peribadi pengguna MySejahtera tak selamat : Khairy dipanggil beri penjelasan kepada PAC