Proton X50 untuk dimenangi, sertai cabutan bertuah PJM

Proton X50 untuk dimenangi, sertai cabutan bertuah PJM. Rakyat Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah hadiah utama berupa sebuah kenderaan Proton X50 menerusi program Cabutan Bertuah ‘Belanja dan Menang PJM 2022 yang akan bermula pada Ogos sehingga Disember 2022.

“Cabutan bertuah ini akan dilaksanakan melalui enam siri cabutan bersegmen dan satu cabutan utama. Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit layak untuk menyertainya dengan mengemukakan penyertaan melalui pautan MySales Tracker yang diaktifkan pada masa terdekat.

“Selain menyertai cabutan bertuah ini pengguna juga akan mendapat banyak manfaat melalui aplikasi tersebut yang dibangunkan oleh kementerian terutamanya maklumat lokasi terkini jualan murah yang sedang berlangsung,” katanya.

Proton X50 untuk dimenangi, sertai cabutan bertuah PJM

Beliau berkata demikian pada Majlis Prapelancaran Cabutan Bertuah ‘Belanja dan Menang’ PJM 2022 di sini semalam.

Memetik kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, program cabutan bertuah anjuran kementerian itu adalah untuk mengharmonikan lagi pertumbuhan sektor ekonomi sekali gus menggalakkan lebih banyak premis mengadakan jualan murah di seluruh negara.

BACA:

Dera anak angkat, sepasang suami isteri didenda RM20,000

Akhirnya Tommy Thomas perincikan apa yang berlaku dalam tuntutan Sulu

BINGKAS : Bantuan kewangan RM3,600 disediakan bagi tangani kos sara hidup