PRK Batu Sapi : Warisan sahkan akan bertanding, calon bakal diumumkan

PRK Batu Sapi : Warisan sahkan akan bertanding, calon bakal diumumkan

Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dengan calonnya sudah dikenal pasti.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Jaujan Sambakong, perkara itu akan diumumkan presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 23 November ini.

“Keputusan siapa yang akan dicalonkan sudah ada, kita tunggu keputusan pimpinan tertinggi.

“Kita ada parti komponen lain dalam Warisan Plus untuk kita bincang dan kenyataan mengenainya akan dibuat Presiden Warisan sebelum penamaan calon,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Jumaat.

Sementara itu, kerajaan negeri Sabah mahukan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dilaksanakan pada PRK tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata SOP itu perlu bagi mengurangkan penyebaran wabak COVID-19 dalam kalangan pengundi dan jentera parti yang bertanding.

“Selepas mengambil iktibar dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, kita mengharapkan satu SOP yang lebih ketat akan dilaksanakan di PRK Batu Sapi nanti.

“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRK Batu Sapi perlu diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi di Parlimen tersebut berikutan kematian penyandangnya iaitu Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober yang lalu,” katanya dalam sidang media maya berhubung COVID-19 yang diadakan di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Tambah Masisi, beliau yakin bahawa pihak SPR telah mencadangkan dan mengambil tindakan untuk merangka penyediaan SOP khas bagi menghadapi PRK tersebut

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/prk-batu-sapi-warisan-sahkan-akan-bertanding-sudah-kenal-pasti-calon-267198

COMMENTS