Presiden PAS sahkan lebih ramai pemimpin UMNO sertai PN dalam masa terdekat

Presiden PAS sahkan lebih ramai pemimpin UMNO sertai PN dalam masa terdekat. Prestasi Perikatan Nasional (PN) yang kini berada di tahap terbaik mendorong lebih ramai pemimpin UMNO yang digugurkan daripada senarai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mendekati parti gabungan terbabit.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mereka bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu bekerjasama dengan PN asalkan bersetuju untuk membentuk kerajaan yang bersih dan stabil.

“Dia (politik) macam saham, ada turun naik, bila saham tengah naik, ramai yang datang beri sokongan.

“Tetapi itu urusan mereka, terpulang kepada mereka, kita mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyokong kita,” katanya ketika sidang akhbar selepas memperkenalkan calon Parlimen PN Kedah pada PRU15 di Kompleks Pas Kedah pada Rabu malam.

Menjawab pertanyaan sama ada penyandang Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bakal bertanding di Arau di bawah tiket PN, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN, enggan mengulas lanjut dan meminta untuk menunggu hari penamaan calon pada Sabtu ini.

Presiden PAS sahkan lebih ramai pemimpin UMNO sertai PN dalam masa terdekat

“Politik itu dinamik, kita mengalu-alukan mana-mana calon boleh menang, apa pun kita tunggu hari penamaan calon dulu,” jelas beliau.

Pada Selasa malam, pengumuman calon BN oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Shahidan digugurkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Arau dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau bagaimanapun dilaporkan berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau walaupun terpaksa menggunakan ‘tiket’ parti lain.

Beliau mendakwa menerima banyak tawaran daripada parti lain tetapi masih belum memuktamadkan parti politik mana yang akan diwakilinya.

BACA:

‘Hacker’ serang laman web SPR…”This is a phishing website”

Orang Jepun kongsi cara bajet buat drift selamatkan tayar rosak, ‘guna gelung ni je!’

Hawa Rizwana dari TV3 ke Astro, sah jadi hos tetap Meletop